Aku
hanyalah insan biasa
Yang
merasa sedih jika dikecewakan
Akan
menghadapi kepanikan dalam kekalutan
Yang
merasa cinta pada yang disukai
Sentiasa
mengidamkan yang baik dalam kehidupan
Memerlukan sahabat dalam pelayaran..
Namun
semua ini tidaklah membuatkanku
Menafikan
takdir yang telah Engkau, Tuhanku
Takdirkan
untukku sejak azali
Aku
tetap merasai redha dan percaya
Percaya
akan hikmah segala kejadian
Samada
yang sedih mahupun gembira
Di
antara kecewa mahupun harapan
Aku
akan sentiasa redha
Kerana
matlamtku hanya mencapai redhaMu jua, ya Tuhanku…
Tuhanku,
Engkau
telah memilihku berada di jalan ini
Aku
cukup bersyukur…sangat bersyukur
Kerana
aku berada di antara hamba-hamba pilihanMu
Maka
tetapkanlah ya Allah
Thabatkanlah
hatiku untuk istiqamah
Pakulah
kakiku untuk tidak berganjak
Daripada
jalan yang dipenuhi pertolonganMu ini
Jauhkanlah
kegelinciran dan segala yang mazmumah
Dalam
aku melalui jalan ini
Kerana
aku sangat berharap padaMu
Agar
aku sentiasa berada bersamaMu
Dengan
redhaMu ke atas para penolong agamaMu
Sehingga
ke akhir hayatku..
Hanya
itu jualah harapan dan doaku
PadaMu
Tuhanku…
Yang
Maha Mendengar dan Mengetahui
Amin
Ya Allah, Amin Ya Rabbal ‘Alamin..
~Bint
Mohammad~
Bangi
Perdana, Seksyen 3
27
Januari 2012
7:20
pagi
la tahzan.. moga thabat.. doa kat Allah sungguh2... ^_^
ReplyDeletela tahzan.. moga thabat..doa kat Allah sungguh2.. :)
ReplyDeleteKak Hamiza Hani: Mungkin Dia da mmberikan petunjuk. Banyak benda terungkap sudah.. Doakan saya sungguh2 jgk kak..hehe
ReplyDelete