Thursday, December 22, 2011

PIDATO KEBAJIKAN NASIONAL


Assalamualaikum wbtuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang memelihara alam semesta ini. Yang mana kerana Dialah kini saya berdiri di sini. Tak lupa juga setinggi terima kasih kepada pihak penganjur daripada Ikatan Studi Islam (ISIUKM) kerana menjemput saya untuk memberikan sedikit info di sudut pidato pada pagi ini. Dan seterusnya teman2 dan rakan2 sekalian.
Isu kebajikan, setelah ditekankan oleh dua rakan saya yang hebat pidatonya tadi, saya kira kalian sudah semakin mendekati isu-isu kebajikan yang berlaku sekitar tanah air tercinta ini dan juga yang berlaku di peringkat global. Sekaligus mereka telah menerangkan tentang kesan-kesan terhadap masyarakat jika berlakunya pengabaian terhadap isu kebajikan ini.

Namun begitu sekali lagi saya mengajak rakan2 dan teman2 yang berada di hadapan saya ini untuk kita sama2 meneliti keadaan masyarakat kini. 2 elemen yang terkesan kerana isu kebajikan ini akan saya bawakan kepada kalian pada pagi ini yang mana perkara tersebut akan berlaku jika berlakunya pengabaian terhadap isu ini.

Pertama, dari sudut elemen politik. Kita lihat kini, berlaku pelbagai bentuk penyuaraan pendapat daripada rakyat dunia terhadap kepimpinan Negara masing2 yang menuntut keadilan dan kebajikan mereka. Sebagai contoh dapat kita lihat dalam kes tunjuk perasaan yang kini sedang pesat berlaku di Eropah dan khasnya Timur Tengah. Tunjuk perasaan tersebut tak lain tak bukan timbul dan menjadi-jadi apabila semakin lama kebajikan rakyat di negara tersebut semakin diabaikan dari masa ke semasa hinggakan akhirnya rakyat terpaksa mengambil tindakan sedemikian untuk memberi peringatan kepada si pemerintah agar mngambil berat isu ini. Ini dapat kita lihat sangat jelas dengan contoh yang berlaku di Tunisia, apabila seorang remaja lelaki membakar dirinya apabila kebajikan dan hak dirinya dipermainkan dan diabaikan pihak pemerintah, hinggakan tindakannya itu mencetuskan satu revolusi untuk menggulingkan kerajaan yang sedia ada dengan pengharapan digantikan dengan pemerintahan yang lebih adil dan berkebajikan.

Tak lain tak bukan, isu-isu yang berlaku ini akhirnya memberi kesan kepada politik negara-negara tertentu hinggakan bukan sahaja negara terbabit sahaja yang terkesan, bahkan ia berjaya memberikan kesan dan pengaruh yang sangat besar kepada negara-negara sekitarnya yang mengalami masalah yang hampir serupa.
Jelas di sini, contoh-contoh yang saya diberikan tadi menunjukkan kesan kepada tekanan hidup masyarakat yang sudah berada  di tahap kritikal hinggakan mereka terpaksa mengambil tindakan sebegitu bagi menunjukkan perasaan yang sudah terbeban lama.

Untuk elemen kedua, saya akan lebih berfokus sekitar permsalahan ekonomi yang berlaku kesan daripada pengabaian terhadap isu kebajikan. Sekali lagi saya mengajak kita semua berfikir. Atas sebab apakah berlakunya gejala pelacuran yang sangat berleluasa kini? Atas sebab apa juga berlakunya kes-kes keruntuhan sosial yang sangat meruncing yang sangat berkait dengan isu ekonomi seperti gejala ragut, rompak, mencuri, dan peras ugut hatta di kalangan pelajar sekolah dan mahasiswa serta graduan universiti? Saya juga mengajak rakan-rakan berfikir mengenai isu perceraian, permasalah sekitar isu rumah tangga yang semakin membarah kini seperti isteri ditinggalkan tanpa nafkah, isteri dipaksa bekerja menanggung suami, dan juga isteri yang bekerja untuk sama2 menanggung pendapatan isi rumah. Apakah sebab yang banyak menyumbang kepada kes-kes tersebut? Saya meninggalkan persoalan tersbut kepada anda untuk anda memikirkan jawapannya.

Sekian dari saya. Assalamualaikum wbtuh.



0 suara pembaca:

Post a Comment

Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)