Sunday, March 13, 2011

Jejak Siswa Intelek

Assalamualaikum kepada semua sahabat2 yang di kasihi..

Di sini saya mewakili pihak Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) dengan rasa ta’zim dan berbesar hatinya menjemput sahabat2 UKM untuk menyertai satu program bermanfaat di samping bersantai dalam menterjemahkan ilmu.

Program ini dinamakan JEJAK SISWA INTELEK (JAKSI) yang boleh membuat anda release sebentar segala tekanan yang di alami, khususnya di musim2 peperiksaan ini.


Bermula pada hari Jumaat malam hingga Ahad petang, iaitu 18, 19 dan 20 hb Mac 2011 di KOMPLEKS TUN ABDULLAH MOHD SALLEH dan HUTAN PENYELIDIKAN ALAM.

Mengapa saya mengajak malah sangat menggalakkan sahabat2 menyertai program ini?

Di sini antara apa yang best dalam program ni:

1) Ada sesi motivasi bersama dengan motivator2 dan consultancy terkenal dan menyeronokkan pasti tak bosan. Kami sediakan khusus untuk anda semua!

2) Selepas sesi mengisi minda dengan ilmu dan motivasi, kita akan bergerak pula ke Hutan Penyelidikan Alam pada esoknya untuk melepaskan segala permasalahan dengan pelbagai aktiviti aoutdoor yang menarik.

Seperti Jungle Tracking, Compass Marching, belajar membaca peta, kompas, jalan2 mengambil angin dan sebagainya. Pasti best!

So, apa pandangan anda?? Best kan? TERBUKA KEPADA SEMUA MAHASISWA DAN MAHASISWI UKM samada tahun 1, 2, 3 atau tahun 4. Pasti tidak akan bosan.

Yuran hanya RM5 sahaja!! Ayuh mendaftar!! ^_^

Untuk menyertai, hubungi saya atau Saudara Muhammad Hazim bin Haznan ( 0136389359 ).


~INDAHNYA HIDUP BERSAMA ISLAM~

3 comments:

  1. Assalamualaikum... sedih bila teringatkan program ni... bila difikir2kan balik, andaikata program inilah yg membuatkan sy kehilangan sesuatu yg memang ada dalam genggaman tangan sy,...sy rela... mgkn program ini lebih bernilai dr apa yg selama ini sy genggam.... syukran sakinah...

    ReplyDelete
  2. wksalam.... sedih? kenape? maafkan kami andaikata kesilapan yg kami lakukan dlm program ini membuatkan anda merasa kehilangan. hanya 1 yg kami hrpkn daripada program ini...iaitu untuk PENTARBIYAHAN diri dan warga kampus...

    ReplyDelete
  3. xd la sedih... hiba..., rupa2nya program ini LEBIH BERNILAI dari apa yg sy genggam selama ini...
    Jutaan terima kasih buat seluruh skuad JAKSI... lain kali buat program, insyaAllah sy nak join...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)