Thursday, February 24, 2011

Ujian Kemenangan, Ujian Iman

-cabaran mengajar kekreatifan-

Setelah mencari2 masa untuk mencoret sedikit kata2 dan perasaan di hari perayaan kemenangan yang telah dikecapi oleh kebanyakan Pro-M di IPT seluruh Malaysia, akhirnya pada tengah malam ni juga masa yang terluang. Setelah baca status kawan di FB, exam esok dibatalkan, lega rasanya sebab xprepare pape langsung. Then, hikmahnya dapatlah ana meluahkan sedikit kata2 kesyukuran di sini. Hehe…hikmah ke? Entahla…

***************************

Hari ini merupakan hari raya keempat kami setelah Pro-M di varsity yang ana cintai ini UKM mendapat kemenangan setelah berjaya menguasai kepimpinan PMUKM pada sesi kali ini yang mana Gabungan Mahasiswa UKM Berjaya mengalahkan Aspirasi UKM dengan 22 kerusi berbalas 15 kerusi. Setelah tujuh tahun GMUKM menanti untuk menakluki PMUKM agar mempunyai suara untuk memperjuangkan isu-isu mahasiswa dengan lebih terkehadapan dan berjaya. InsyaAllah, mudah2an Allah memudahkan setiap urusan pimpinan baru.

Rentetan kemenangan yang diperolehi ini adalah daripada kemenangan yang telah diperolehi di ITP-IPT lain seperti USM, UM dan setelah itu berita baik daripada UIA pula diterima. Alhamdulillah, ini menunjukkan mahasiswa makin bijak melakukan penilaian dan membuat keputusan. Kami tidak mengatakan Pro-A adalah tidak baik, mesti ada kelebihannya dan ada baiknya pada penerajuan yang dibawa oleh mereka, namun ana tak segan dan ana bahkan yakin utk mengatakan bahawa PRO-M adalah LEBIH BAIK seperti mana slogan yang GMUKM bawakan pada tahun ini iaitu Ber-GM Lebih Baik!! Maka sudah pasti ianya terbukti, Ber-GM Lebih Baik. InsyaALlah…

Allah mempunyai perancanganNya dan kita juga mempunyai perangcangan tersendiri, namun perancangan Allah itulah yang lebih baik. Sebagaimana ayat ini, sejauh itulah juga kita perlu faham, muhasabah diri di atas kemenangan ini dan mengkoreksi diri kembali akan natijah kemenangan ini sepertimana kata-kata abang ana, Kemenangan itu juga mungkin akan menjadi musibah, dan ianya juga adalah ujian yang tak disedari oelh penggeraknya. Kerana manusia selalunya, apabila dia diberi kesusahan, akan lebih mendekati Allah, memohon dan mengharap, namun apabila dihadapkan dengan kesenangan dan zon selesa atau apa yang didoakan telah dimakbulkan itu, manusia akan lalai dan terleka hinggakan keselesaan tersebut bertukar menjadi ancaman dan musibah bagi dirinya, Na’uzubillah ana doakan. Moga dijauhkan daripada kita semua.

Kemengan bukanlah sebagai suatu kebangggaan juga. Sebagaimana Saidina Ali karamallahu wajhah pernah berkata:

“Jikalau aku diberi ujian untuk susah atau senang,

aku lebih memilih untuk mendapat ujian kesusahan”

-Saidina Ali kwjh-

Kata-kata beliau ini menujukkan bahawa beliau amat memahami resam manusia yang mana seperti ana katakan di atas tadi, dengan ujian kesenangan, manusia lebih mudah untuk alpa dan lalai terhadap persoalan hubungannya dengan Khaliqnya. Maka, di sini ana menyeru kepada semua pimpinan dan juga sahabat2 serta rakan2 seperjuangan yang telah bersama2 bertungkus-lumus untuk memenangkan Islam di bumi UKM ini khususnya, janganlah pernah sekali kita terleka dan berbangga dengan kemenangan ini hinggakan menimbulkn fitnah tehadap perjuangan ini.

Firman Allah SWT:

Wahai Tuhan yg mempunyai kerajaan, Kau berikan kerajaan kpd org yg Engkau kehendaki, dan Kau cabut kerajaan drpd org yg Engkau kehendaki. Kau muliakan org yg Engkau kehendaki dan Kau hinakan org yg Engkau kehendaki. DitanganMu segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas tiap2 sesuatu”
– Ali-‘Imran : 26 –

Oleh itu, berimplikasi daripada ayat ini, ana mengigatkan kembali diri ini khasnya dan sahabat2 amnya agar memberikan perhatian yang penuh kepada tindak-tanduk yang akan dilakukan nanti. Koreksi diri agar tiada langkah yang tersasar daripada tujuan untuk menggapai redha Allah, agar tidaklah kita termasuk di dalam golongan yang Allah mencabut kembali nikmat yang telah diberikan ini dan termsuklah kita di kalangan mereka yang dihina oleh Allah dan menzalimi dirinya sendiri. Dan perlu diingat juga, setiap fitnah yang menimpa diri di atas kesilapan dan perlakuan kita, implikasinya juga terpalit kepada imej jemaah yang dibawa oleh individu tersebut dan paling besar, ia membawa kepada fitnah terhadap Islam. Maka renungkanlah, betapa besarnya taklifan yang tertanggung di bahu ini di atas kemenangan ini. Jadikanlah ianya wasilah yang merapatkan lagi hubungan kita dengan Allah.

Rentetan juga di atas kemenangan ini, beberapa individu telah mencuba menyebarkan fitnah terhadap kepimpinan MPMUKM pada sesi kali ini yang diterajui oleh GMUKM. Walaupun pembentukan kabinet belum diputuskn lagi, pelbagai fitnah telah dilemparkan sebelum sempat GMUKM berinteraksi bersama mahasiswa. Maka di sini juga ana mengambil kesempatan agar mereka yang berkenaan menyebarkan fitnah dan propaganda negatif terhadap GMUKM kerana sifat ketidakpuasan dan kemarahan atau sebagainya, ana selaku insan yang kerdil ini melontarkan sedikit pandangan untuk yang berkenaan agar berhentilah memfitnah dan berilah ruang kepada kami untuk membuktikan kepada mahasiswa dengan sesi kepimpinan kali ini. Jika benar kalian lebih baik dalam menerajui PMUKM, maka biarlah mahasiswa sendiri membandingkannya dengan sesi kepimpinan GMUKM pada kali ini. Dan biarkan mereka menilai. Tak perlu ada pihak yang mencuba menabur cerita2 palsu, kerana kita adalah mahasiswa, bukan pelajar sekolah rendah yang mungkin akan menerima cerita bulat2 tanpa penilaian.

Firman Allah Taala:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. “

- Al-Hujurat : 06 –

Ayat Allah ini telah lama termaktub di dalam Al-Quran, namun sejauh mana pemahaman kita kepadanya? Seruan Allah ini seharusnya dipraktikkan dalam kehidupan kita seharian agar tiada lagi sebaran fitnah yang disebarkan dari mulut ke mulut tanpa autoriti sah hinggakan tiada satu kesahihan langsung di atas berita tersebut. Yang mana akhirya membawa kepada kesan negatif kepada si pembawa berita itu sendiri jua, iaitu murka Allah dan kebencian manusia kepadanya. Ini kerana FINTAH ITU LEBIH DAHSYAT DARIPADA PEMBUNUHAN. Moga kita semua dapat memuhasabah diri bersama agar kehidupan yang dilalui semakin dilimpahi rahmat dan berkat Allah.

Wallahu a’lam bissawab…

2 comments:

  1. assalamualaikum.....semakin mantap mujahidah kita nie...barakallahufiki..

    ReplyDelete
  2. wksalam....xsehebat enta, ust. Ana baru bertatih2... 'ALa kulli hal, syukran wa jazakallahu khair jazak...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)