Thursday, February 17, 2011

Bahang PRK di UKM...

SAYA SAYANG GMUKM!!! ^_^

Waktu semakin berlalu apabila kini telah sangat-sangat dirasakan bahang PRK pada sesi 2010/2011 di Universiti Kebangsaan Malaysia. Semenjak bebrapa minggu yang lepas, front-frotn yang akan bertanding pada PRK kali ini telah masing-masing menggerakkan jentera untuk meraih undi dan kepercayaan mahasiswa.
Secara jelasnya, Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) merupakan Pro-M di UKM yang mana akan ditandingi oleh pesaing daripada pihak Pro-A iaitu Aspirasi. Ana tak lain tak bukan tidak akan memilih Apsirasi sebagai wakil untuk merealisasikan Islam dan keadilan serta kebajikan dan keintelektualan di UKM ini, makanya ana lebih memilih GMUKM sebagai pilihan tepat.
Kita sebagai Mahasiswa lebih mengetahui apa yang kita inginkan dan lebih mengetahui siapakah yang lebih layak dan bertanggungjawab dalam mendepani isu-isu mahasiswa sejak dulu lagi. Aspirasi telah menerajui Persatuan Mahasiswa UKM selama TUJUH tahun!! TUJUH tahun kawan-kawan semua...bukan satu masa yang pendek. namun apakah yang telah mereka perbuat?? Apakah yang telah mereka perjuangkan? Hanya sekadar memegang jawatan-jawatan yang tinggi, tapi apa yang mereka perbuat dengan jawatan dan kuasa tersebut? Cubalah tanya mereka dan minta bukti kerja-kerja mereka. Sebab itula mereka tidak ingin mendepani mahasiswa dalam perdebatan di antara Pro-A dan Pro-M. Tidak mahu melaksanakan malam pembentangan manifesto dan lain-lain... kerana bak kata kawan ana, mereka sebenarnya takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Fikirlah wahai Mahasiswa! ana sendiri pun dibuang kolej kerana hanya menjadi wakil calon dalam PRK lepas. Entah apa keadilan dan demokrasi yang mereka uar-uarkan, ana sendiri tak pasti.
Di sini ana ada menyelitkan beberapa gambar sepanjang minggu 'panas' bahang PRK yang membahangi UKM... setakat ini kita (GMUKM) telah mengumumkan calon pada 16hb Feb 2011, menamakan calon pada sesi penamaan di Pusanika pada 17hb, dan bermuala selepas penamaan hinggalah pada akhir 20hb Feb 2011, akan bermulanya sesi kempen. di sinilah anda mampu menilai setakat mana kredibiliti calon dan MPP yang akan perjuangkan kebajikan anda nanti. Siapakah yang bermain kotor, dan siapakah yang bersikap telus... Anda mahasiswa, anda penilainya...


Di antara calon-calon mahasiswa (GMUKM) di kalangan siswa

Calon mahasiswa (GMUKM) di kalangan siswi

Aspirasi.... Apakah Aspirasi Univ?? cuba anda check...

Sepanjang sesi perarakan untuk ke Pusanika, agenda penamaan...


Anggun ber-GM... Purple itu indah...:)


Pastinya...Ber-GM Lebih Baik!!


Anda mahasiswa bijak, anda mahasiswa pintar. Undilah calon anda di kalangan yang terbaik di antara yang terbaik! Anda mampu menilainya kerana anda adalah mahasiswa!! Jangan sesekali takut dengan ugutan-ugutan kerana negara kita ada undang-undang. Anda bebas bersuara. Ayuh tegakkan demokrasi kampus. PRK bersih, perjuangan bersama.. Takbir!!

Berita kemenangan awal GMUKM di sini...

UNDILAH GMUKM, KEBAJIKAN ANDA PASTI TERBELA!!
BANGKITLAH PRO-MAHASISWA!!

~Ber-GM Lebih Baik!!~

0 suara pembaca:

Post a Comment

Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)